Sabtu, 3 Januari 2015

KENALI JENIS KULIT ANDA

Sebelum mengenali produk penjagaan kulit anda, anda mestilah terlebih dahulu mengenali jenis kulit anda. Ini penting bagi beauty consultant anda memberikan produk mengikut rumusan yang bersesuaian dengan kulit anda. Bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang jenis kulit anda boleh menhubungi saya atau menjawab kuiz yang mudah ini.

1)Apa yang anda rasai sebaik sahaja
   bangun pagi?
    
     a)Tegang dan tidak selesa. Seperti
        kulit wajah ditarik-tarik
     b)Tidak sabar mahu mencucinya
        kerana berminyak
     c)Lembut dan tidak kering mahupun
        terlalu berminyak.

2)Bagaimana pula selepas setengah hari?

     a)Masih tegang, dan rasanya perlu
        memakai pelembap lagi.
     b)Berminyak serta berkilat.
     c)Sesetengah permukaan wajah
        berminyak atau kering namun kulit
        masih lembut.

3)Bagaimana liang roma anda kelihatan?

     a)Liang roma? saya tidak nampak
        sebarang liang di wajah.
     b)Besar! Boleh nampak dengan jelas,
        lebih-lebih lagi di hidung dan pipi.
     c)Saya boleh lihat di sesetengah
        kawasan seperti Zon T, termasuk
        hidung dan dagu.

4)Apakah keadaan yang tidak sesuai
   dengan kulit anda?

     a)Dalam bilik berhawa dingin-kulit
        saya jadi tegang dan ia menyakitkan!
     b)Di bawah matahari terik kulit jadi
        berminyak seakan solekan saya cair.
     c)Setiap cuaca ada cabarannya.

5)Apakah produk penjagaan wajah yang
   sering anda bawa walau ke mana jua?

     a)Sebotol krim muka bagi
        mengurangkan kawasan
        gatal dan tegang pada wajah.
     b)Kertas penyerap minyak
        muka atau bedak bagi
        mengelakkan kulit berkilat.
     c)Bergantung pada cuaca, bila cuaca
        panas saya bawa bedak, manakala
        bila cuaca dengan saya akan bawa
        pelembap.

Jika kebanyakan jawapan:

A:Kulit anda kering
B:Kulit anda berminyak
C:Kulit anda normal  

Wow..sekarang anda dah tau jenis kulit anda kan..best kan bila kita dapat mengenali jenis kulit dan seterusnya mendapatkan rumusan yang sesuai mengikut jenis kulit kita.      
     

Khamis, 20 November 2014

Mary Kay Malaysia

Bismillah, as salam semua. Saya fatin nor atiqah as beauty consultant mary kay anda, sekarang saya berada di kawasan kelantan. Sekirannya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat samaada untuk event kerajaan atau sendirian, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut di 013 3330609 (call,sms,whatapp)