Sebelum mengenali produk penjagaan kulit anda, anda mestilah terlebih dahulu mengenali jenis kulit anda. Ini penting bagi beauty consultant anda memberikan produk mengikut rumusan yang bersesuaian dengan kulit anda. Bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang jenis kulit anda boleh menhubungi saya atau menjawab kuiz yang mudah ini.
1)Apa yang anda rasai sebaik sahaja
bangun pagi?
a)Tegang dan tidak selesa. Seperti
kulit wajah ditarik-tarik
b)Tidak sabar mahu mencucinya
kerana berminyak
c)Lembut dan tidak kering mahupun
terlalu berminyak.
2)Bagaimana pula selepas setengah hari?
a)Masih tegang, dan rasanya perlu
memakai pelembap lagi.
b)Berminyak serta berkilat.
c)Sesetengah permukaan wajah
berminyak atau kering namun kulit
masih lembut.
3)Bagaimana liang roma anda kelihatan?
a)Liang roma? saya tidak nampak
sebarang liang di wajah.
b)Besar! Boleh nampak dengan jelas,
lebih-lebih lagi di hidung dan pipi.
c)Saya boleh lihat di sesetengah
kawasan seperti Zon T, termasuk
hidung dan dagu.
4)Apakah keadaan yang tidak sesuai
dengan kulit anda?
a)Dalam bilik berhawa dingin-kulit
saya jadi tegang dan ia menyakitkan!
b)Di bawah matahari terik kulit jadi
berminyak seakan solekan saya cair.
c)Setiap cuaca ada cabarannya.
5)Apakah produk penjagaan wajah yang
sering anda bawa walau ke mana jua?
a)Sebotol krim muka bagi
mengurangkan kawasan
gatal dan tegang pada wajah.
b)Kertas penyerap minyak
muka atau bedak bagi
mengelakkan kulit berkilat.
c)Bergantung pada cuaca, bila cuaca
panas saya bawa bedak, manakala
bila cuaca dengan saya akan bawa
pelembap.
Jika kebanyakan jawapan:
A:Kulit anda kering
B:Kulit anda berminyak
C:Kulit anda normal
Wow..sekarang anda dah tau jenis kulit anda kan..best kan bila kita dapat mengenali jenis kulit dan seterusnya mendapatkan rumusan yang sesuai mengikut jenis kulit kita.